Popular Posts

Saturday, 10 September 2011

Kisah Malik Bin Dinar

Diriwayatkan dari Malik bin Dinar, dia berkata:

“Ketika aku sedang thawaf mengelilingi Ka’bah, tiba-tiba aku dibuat heran oleh banyaknya jama’ah haji dan umrah. Aku berkata: “Seandainya aku ( termasuk bagian dari mereka). Siapakah dari mereka yang ibadahnya diterima, aku kan mengucapkan selamat kepadanya. Siapakah pula dari mereka yang ibadahnya ditolak , aku kan menghiburnya. ‘Malam harinya aku bermimpi melihat seseorang berkata : ‘Malik bin Dinar bertanya tentang jama’ah haji dan umrah itu. Sesungguhnya Allah telah mengampuni mereka semua, yang kecil dan yang besar, yang laki-laki dan yang perempuan, yang hitam dan yang merah, kecuali satu orang. Sesungguhnya Allah murka kepadanya dan Allah menolak ibadah hajinya. Allah telah membuat tanda di wajahnya”.

Malik meneruskan:”Aku tidur pada suatu malam yang hanya diketahui Allah- dalam keadaan khawatir kalau-kalau akulah orang (yang dimurkai Allah itu). Malam berikutnya aku memimpikan mimpi itu lagi. Hanya saja dalam mimpi itu dikatakan kepadaku : “Engkau bukanlah orang (yang dimurkai Allah ) itu. Akan tetapi dia berasal dari Khurrasan, tepatnya dikota Balkh. Dia dipanggil Muhammad bin Harun Al- Balkhi’.

Keesokan harinya aku mendatangi kabilah Khurrasan. Aku bertanya: ‘(Dimana ) saudara kalian, Muhammad bin Harun?’ Mereka menjawab ; ‘O,o. Engkau bertanya tentang sosok yang paling gemar beribadah, paling zuhud dan paling pandai membaca Al-Quran di Khurrasan.’ Aku heran dengan keindahan sanjungan mereka terhadap dirinya, jika dibandingkan dengan apa yang aku lihat dalam mimpiku. Aku berkata : ‘Tunjukkanlah aku kepadanya!’ Mereka menjawab : ‘Sejak empat puluh tahun lalu , dia selalu puasa pada siang hari, beribadah pada malam hari, dan tidak pernah tidur, kecuali ditempat reruntuhan. Kami menduga dia berada di rempat reruntuhan yang ada di Makkah’.

Aku kemudian mengelilingi tempat reruntuhan itu. Ternyata dia sedang berdiri di belakang dinding. Tangan kanannya terkait di lehernya. Dia mengikat tangan kanannya itu dengan dua utas tali besar ke kedua telapak kakinya. Dia Ruku’ dan sujud. Ketika dia mendengar derap langkah ku, dia bertanya: ‘Siapa Engkau?’ Aku menjawab : ‘Malik bin Dinar’. Dia bertanya : ‘Wahai Malik, apa yang membawamu untuk menemuiku? Jika engkau memimpikan sebuah mimpi, maka ceritakanlah mimpi itu kepadaku.’ Aku berkata : ‘ Aku malu untuk menceritakannya. ‘ Dia berkata : ‘Katakanlah!’ Aku kemudian menceritakan mimpi itu kepadanya. Diapun menangis dalam waktu yang lama. Dia berkata: ‘Dahulu aku adalah lelaki yang sering minum minuman yang memabukkan. Suatu hari aku minum ditempat sahabatku hingga akalku hilang. Dilain tempat, ternyata ibuku sedang menyalakan tungku. Ketika dia melihat aku (datang) dalam keadaan terhuyung-huyung karena mabuk, dia menjemputku seraya berkata: ‘ Ini adalah penghujung Sya’ban dan awal Ramadhan. Orang-orang akan melaksanakan puasa, sementara engkau malah mabuk-mabukkan. Tidakkah engkau malu kepada Allah? ‘Aku mengangkat tanganku dan menamparnya. Dia berkata: “Celaka engkau!” Aku marah karena perkataannya itu. Aku membopong ibuku dalam keadaan yang mabuk, kemudian melemparkannya kedalam tungku. Ketika istriku melihatku, dia memasukkan ku kedalam rumah lalu mengunciku. Dipenghujung malam aku mulai sadar. Aku memanggil istriku agar membukakan pintu untukku.

Dia menjawab panggilanku dengan nada yang ‘kering’. Aku berkata:’ Celaka engkau, mengapa engkau menjawabku sekering itu?’ . Dia berkata : ‘Engkau pantas untuk tidak aku sayangi’. Aku bertanya :’Mengapa?’. Dia menjawab ; ‘(Karena) engkau telah membunuh ibumu. Engkau telah melemparkannya kedalam tungku, sehingga dia terbakar’. Aku kemudian keluar menuju tungku . Ternyata ibuku sudah seperti roti yang gosong. Aku kemudian keluar, menshadaqahkan hartaku, dan memerdekakan budakku. Sejak empat puluh tahun yang lalu, aku selalu puasa siang hari , beribadah pada malam hari, dan menunaikan ibadah haji pada setiap tahun. Setiap tahun ada saja orang yang rajin beribadah sepertimu, yang memimpikan mimpi ini. ‘

Aku mengusapkan tanganku ke wajahnya. Aku berkata:’Aduhai sosok yang malang, engkau hampir membakar bumi, namun apimu tidak mampu membakarnya.’ Aku menghilang dari sisinya. Aku mendengar desahnya, namun aku tidak melihat sosoknya. Dia menengadahkan lengannya kelangit, kemudian berujar :’Wahai Yang Maha Menghilangkan kesusahan, Wahai Yang Maha Menghilangkan kebingungan, Wahai Zat Yang mengabulkan doa orang-orang yang terdesak, Aku berlindung dengan Keridhaan MU dari Murka Mu, dan dengan Ampunan-Mu dari hukuman-Mu. Janganlah Engkau memupus harapanku, dan jangan pula Engkau membuat hampa doa-doaku’.

Aku kembali kerumahku, kemudian tidur. Dalam mimpi , aku melihat seseorang berkata: ‘Wahai Malik , janganlah engkau membuat manusia frustasi terhadap Rahmat Allah . Sesungguhnya Allah mengetahui Muhammad bin Harun Al- Balkhi dari kerajaan Yang Maha Tinggi. Dia telah mengabulkan doanya dan mengampuni kekhilafannya. Kembalilah engkau kepadanya ! . Katakanlah kepadanya : “Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan seluruh makhluk pada hari kiamat, memberlakukan Qishash untuk kambing yang tidak bertanduk atas kambing yang bertanduk, dan menyatukanmu dengan ibumu. Dia akan menetapkan hukuman bagi dirimu atas apa yang telah engkau lakukan terhadap ibumu, menimpakan api neraka kepada dirimu, lalu menyerahkanmu kepada ibumu.”

Wallahu a’lam bisshawwab

(* Birrul Walidain, Ibnu Al-Jauzi.
(Sumber : Tuntunan dan Kisah-kisah Teladan “Berbakti kepada Orangtua” karya Aiman Mahmud)

Sunday, 4 September 2011

Kisah Rasullullah SAW menegur Khawwat al-Jubair dengan berhikmah


Pada suatu hari, Khawwat berjalan. Sedang dia berjalan, dia ternampak sekumpulan wanita yang sedang duduk. Kemudian, dia pulang ke rumahnya dan menukar pakaiannya dengan pakaian yang lebih cantik. Kemudian dia pergi kembali kepada wanita2 itu dan duduk bersama mereka. Kemudian, datang Rasullullah SAW melalui tempat itu. Lalu bertanya kepada Khawwat, “apa yang kamu lakukan itu”. Dengan perasaan yang malu dan mahu menutup kesalahannya, dia menjawab, “Aku mencari untaku yang liar”. Kemudian, Rasullullah SAW tersenyum lalu beredar dari situ. Pada waktu-waktu yang berikutnya, di setiap kali Rasullullah SAW berjumpa dengan Khawwat, baginda akan bertanya “bagaimanakah keadaan untamu yang liar”. Sehinggakan Khawwat malu untuk berjumpa dengan Rasullullah SAW. Khawwat pun mengambil keputusan untuk pulang ke Madinah supaya tidak berjumpa dengan Rasullullah SAW. Khawwat juga menjauhkan diri dari masjid. Lama kelamaan, perasaan rindunya terhadap masjid tidak dapat dibendung lagi. Dia mengambil keputusan untuk ke masjid ketika tiada orang solat di masjid. Khawwat pun pergi ke masjid dan bersolat sunat 2 rakaat ketika tiada orang di dalamnya. Kemudian, Ar-Rasul SAW masuk ke masjid dan solat sunat 2 rakaat. Selesai solat, Rasullullah SAW duduk di dalam masjid. Dalam fikiran Khawwat, lebih baik dia memanjangkan solatnya supaya Rasullullah SAW beredar sebelum selesai solatnya. Selepas beberapa lama, Rasullullah SAW bersabda, “aku tidak akan beredar sehingga engkau selesai solat”. Setelah selesai solatnya, Rasullullah SAW bertanya kepadanya tentang untanya yang liar. Dengan rasa malu dia menceritakannya kepada Rasullullah SAW perihal yang sebenarnya. Bersabda Rasullullah SAW, “semoga Allah merahmati kamu, semoga Allah merahmati kamu, semoga Allah merahmati kamu”. Berkata Khawwat, sejak perkara itu berlaku, aku tidak pernah melakukannya lagi.

Semoga kita dapat manfaat darinya. Sila betulkan jika tersalah

Iktibar:
Rasullullah SAW menegur dengan berhikmah yakni mencetuskan perasaan bersalah terhadap seseorang tanpa teguran-teguran yang keras yang mungkin menyebabkan perbalahan. Setelah rasa bersalah itu timbul, seseorang lebih mudah merasa ingin bertaubat dan lebih kuat berazam untuk tidak mengulangi perbuatannya.

Kita di zaman ini sering melakukan kesalahan. Tidak terkecuali juga sahabat2 Rasullullah SAW radialluanhum. Bezanya, sahabat2 Rasullullah SAW radialluanhum segera bertaubat dan berazam memperbaiki kesalahan mereka. Kelebihan ini juga kerana adanya Rasullullah SAW bersama2 mereka. Di hari ini, kita mempunyai ulama’2 dan sahabat2 yang sedikit sebanyak peka terhadap kesalahan kita. Semoga kita diberi kekuatan untuk menerima teguran2 atas kesalahan kita dan hidup di atas jalan sunnah seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT.. InsyaAllah

Saturday, 27 August 2011

enoxaparin (clexane) vs fondaparinux (arixtra); haram vs halal


Dari Abi Darda r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram”.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 87 pada 23 Jun 2009 berpandangan bahawa Islam menegah penggunaan ubat dari sumber yang haram bagi mengubati sesuatu penyakit kecuali dalam keadaan di mana tiada ubat daripada sumber yang halal ditemui dan bagi menghindari kemudaratan mengikut kadar yang diperlukan sahaja sehingga ubat daripada sumber yang halal ditemui. 
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan Clexane dan Fraxiparine adalah ditegah kerana ia dihasilkan daripada sumber yang diharamkan oleh Islam, memandangkan pada masa ini telah terdapat ubat alternatif lain iaitu Arixtra (Fondaparinux) yang dihasilkan daripada sumber halal dan mempunyai fungsi serta keberkesanan yang sama dengan Clexane dan Fraxiparine.

Harga:
Enoxaparin Sodium 20mg inj (2s') ~RM 14.25
Enoxaparin Sodium 40mg inj (2s') ~RM 19.99
Enoxaparin Sodium 60mg inj (2s') ~RM 24.05

Fondaparinux Sodium 2.5 mg/0.5ml (10s')~RM197.50

Effectiveness:
  1. Venous Thromboembolism (VTE): In patients undergoing elective major knee surgery, postoperative treatment with 2.5 mg of fondaparinux once daily was significantly more effective in preventing deep-vein thrombosis than 30 mg of enoxaparin twice daily.In patients undergoing elective major knee surgery, postoperative treatment with 2.5 mg of fondaparinux once daily was significantly more effective in preventing deep-vein thrombosis than 30 mg of enoxaparin twice daily.(N Engl J Med 2001; 345:1305-1310)
  2.  Acute Coronary Syndromes (ACS): Fondaparinux is similar to enoxaparin in reducing the risk of ischemic events at nine days, but it substantially reduces major bleeding and improves long term mortality and morbidity. (PMID:16537663 [PubMed - indexed for MEDLINE)