Pada suatu hari, Khawwat berjalan. Sedang dia berjalan, dia ternampak sekumpulan wanita yang sedang duduk. Kemudian, dia pulang ke rumahnya dan menukar pakaiannya dengan pakaian yang lebih cantik. Kemudian dia pergi kembali kepada wanita2 itu dan duduk bersama mereka. Kemudian, datang Rasullullah SAW melalui tempat itu. Lalu bertanya kepada Khawwat, “apa yang kamu lakukan itu”. Dengan perasaan yang malu dan mahu menutup kesalahannya, dia menjawab, “Aku mencari untaku yang liar”. Kemudian, Rasullullah SAW tersenyum lalu beredar dari situ. Pada waktu-waktu yang berikutnya, di setiap kali Rasullullah SAW berjumpa dengan Khawwat, baginda akan bertanya “bagaimanakah keadaan untamu yang liar”. Sehinggakan Khawwat malu untuk berjumpa dengan Rasullullah SAW. Khawwat pun mengambil keputusan untuk pulang ke Madinah supaya tidak berjumpa dengan Rasullullah SAW. Khawwat juga menjauhkan diri dari masjid. Lama kelamaan, perasaan rindunya terhadap masjid tidak dapat dibendung lagi. Dia mengambil keputusan untuk ke masjid ketika tiada orang solat di masjid. Khawwat pun pergi ke masjid dan bersolat sunat 2 rakaat ketika tiada orang di dalamnya. Kemudian, Ar-Rasul SAW masuk ke masjid dan solat sunat 2 rakaat. Selesai solat, Rasullullah SAW duduk di dalam masjid. Dalam fikiran Khawwat, lebih baik dia memanjangkan solatnya supaya Rasullullah SAW beredar sebelum selesai solatnya. Selepas beberapa lama, Rasullullah SAW bersabda, “aku tidak akan beredar sehingga engkau selesai solat”. Setelah selesai solatnya, Rasullullah SAW bertanya kepadanya tentang untanya yang liar. Dengan rasa malu dia menceritakannya kepada Rasullullah SAW perihal yang sebenarnya. Bersabda Rasullullah SAW, “semoga Allah merahmati kamu, semoga Allah merahmati kamu, semoga Allah merahmati kamu”. Berkata Khawwat, sejak perkara itu berlaku, aku tidak pernah melakukannya lagi.
Semoga kita dapat manfaat darinya. Sila betulkan jika tersalah
Iktibar:
Rasullullah SAW menegur dengan berhikmah yakni mencetuskan perasaan bersalah terhadap seseorang tanpa teguran-teguran yang keras yang mungkin menyebabkan perbalahan. Setelah rasa bersalah itu timbul, seseorang lebih mudah merasa ingin bertaubat dan lebih kuat berazam untuk tidak mengulangi perbuatannya.
Kita di zaman ini sering melakukan kesalahan. Tidak terkecuali juga sahabat2 Rasullullah SAW radialluanhum. Bezanya, sahabat2 Rasullullah SAW radialluanhum segera bertaubat dan berazam memperbaiki kesalahan mereka. Kelebihan ini juga kerana adanya Rasullullah SAW bersama2 mereka. Di hari ini, kita mempunyai ulama’2 dan sahabat2 yang sedikit sebanyak peka terhadap kesalahan kita. Semoga kita diberi kekuatan untuk menerima teguran2 atas kesalahan kita dan hidup di atas jalan sunnah seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT.. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment